Saturday 2 April 2011

mengimbau kambali zaman kanak-kanak

Di lahirkan dalam 3 orang adik beradik yang kesemuanya perempuan membuatkan aku menjadi agak lasak.Mungkin lebih lasak daripada budak-budak lelaki di kampungku.Bagi adik-adikku akulah kakak dan abang.Aku memang terlalu sayang akan kedua-dua adikku,Simah dan adik bongsuku Liza.Apa yang kami tak buat bersama-sama.Hujung minggu aku dan adik-adikku akan ke sungai menangkap anak-anak ikan,kemudian kami bina kolam kecil untuk anak-anak ikan tersebut.Cuma yang kami tak buat mandi sungai,bukan apa takut dahan senduduk hinggap kat badan kami.Kami memang takut dengan emak ..kalau mak marah keliling rumah pun emak boleh kejar untuk belasah kami(memang padan dengan muka kami)

Aku memang pakar panjat pokok..eiiiii ..seronoknya,panjat pokok jambu,pokok rambutan ..pokok manggis..cuma pokok kelapa jer aku tak panjat...dalam sayangkan adik-adik selalu juga aku kenakan mereka. Kalau musim buah-buahan aku akan mereka suruh untuk memgambil buah-buahan yang mereka mahu kerana pokok buah-buahan di tepi rumah kami tinggi-tinggi belaka.Apa lagi apabila sampai atas pokok aku pun makan buah-buahan tu sambil membaling kulitnya kepada mereka berdua.Terjerit-jerit adikku marah dahlah buah tak dapat kena baling lagi. (Akibat suka memanjat pokok...aku terbawa-bawa sehingga telah berumah-tangga, pernah  dengan usia kandungan lima bulan aku panjat pokok rambutan tepi dapur rumah kami di Felda..ketika itu terdengar jeritan mak mertuaku marah...aku..nak ketawapun ada,dengan perut besar ni aku panjat pokok..isk...isk..nasib baik suamiku tak nampak.)

Kawan sekampung?....Bukan tak ada ,cuma susah nak jumpa aku adik-beradik bersekolah di pekan Alor Gajah.Kawan2 sekampung pula bersekolah di kampung...memang susahlah nak jumpa.Aku dan adik-adik macam tiga dara pingitan.Budak2 lelaki kat kampung cuma berani pandang dan panggil kami dari jauh.Kelakar sungguh.Kalau nak jumpa kami pun jika ada ceramah agama di surau.Masing2 berlumba-lumba bagi surat....gelihati juga aku.Tapi yang pasti abah dan emak memang mengawal pergerakkan kami adik beradik.Mengaji pun abah yang ajar kami.

Yang paling seronok jika aku dan adik-adik bergaduh.Wan (panggilan untuk nenekku) akan marahkan kami sebab kalau kami bergaduh wan kata macam sepuluh orang bergaduh.Sampai terjun-terjun tingkap macam tarzan tak ke bising.

Banyak kenangan aku dengan adik-adikku......memang sukar untuk kulupakan..........