Wednesday 2 October 2013

2 Oktober 2013(ATEH)

Hari ini Kak Teh mendudukki peperiksaan PMR. Risauku melebihi Kak Long dan Kak Ngah,ateh memang kurang sikit kecerdikkan dibandingkan dengan dua orang kakaknya. Namun aku amat bangga ,dia punya kelebihan yang lain . Pandai mengambil hatiku, rajin membantu mengemas dapur dan memasak untuk diri dan adik bongsunya walaupun dia selalu menjadi mangsa buli sikecil ku,cak ini. Baginya walau senakal dan sedegil mana pun adiknya Anis dia tetap bertahan.

Pagi-pagi lagi dia telah meminta maaf kepadaku dan menghantar msg meminta maaf daripada papanya. Beberapa hari yang lalu dia demam panas ,aku menjadi begitu risau sama sperti ketika dia mendudukki UPSR dulu hanya beberapa minggu lagi UPSR dia telah dibedah kerana penyakit yang tidak diketahui sebab musababnya. Aku redha kita perkara yang sama berulang. Semuanya dugaan Allah SWT. Ateh....mama akan terima seadanya keputusan peperiksaan atah nanti. Mama tahu ateh memang ingin memberi yang terbaik buat papa dan mama.

Ateh,bayi comelku dulu kini meningkat dewasa. Comel...rupanya iras-iras Jepun sampaikan wancik panggil dia Oshin (cerita Jepun kegilaan aku dan ramai orang). Sekarang katanya dia keturunan British sebab putih macam atuk .

Ateh be youself and do the best.......